fbpx

Ismail Sabri lawat lokasi terjejas kepala air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri melihat keadaan jambatan di Tupah yang terjejas akibat kejadian kepala air pada Rabu lalu.

SUNGAI PETANI – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melakukan tinjauan di lokasi terjejas kepala air dari Gunung Jerai di Tupah dekat sini dalam lawatan kerja rasmi pertamanya hari ini.

Ismail Sabri yang tiba kira-kira pukul 12.15 tengah hari ini diberikan taklimat ringkas mengenai kejadian tersebut.

Beliau turut meninjau jambatan Tupah, Taman Lembah Merbok dan Loji Air Tupah.

Ismail Sabri yang diiringi Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md. Nor melihat keadaan rumah penduduk yang terjejas dan dipenuhi lumpur selepas dilanda banjir kilat akibat kejadian berkenaan.

Beliau yang meluangkan masa kira-kira 20 minit di kawasan perumahan itu turut menyampaikan sumbangan kepada penduduk terlibat.

Perdana Menteri kemudian bergerak ke daerah Yan untuk melihat operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang dilakukan di Titi Hayun serta kampung-kampung terjejas.

Terdahulu, Ismail Sabri tiba di Kompleks Bangunan Perdana Putra, Putrajaya kira-kira pukul 8.23 pagi tadi bagi memulakan tugasnya secara rasmi di Pejabat Perdana Menteri.

Beliau kemudian meninggalkan Kompleks Bangunan Perdana Putra kira-kira pukul 9.19 pagi tadi untuk lawatan kerja rasmi pertamanya ke Kedah.

Ahli Parlimen Bera itu dilantik sebagai Perdana Menteri kesembilan selepas selesai istiadat pengurniaan surat cara pelantikan, mengangkat sumpah jawatan dan setia serta sumpah simpan rahsia di Istana Negara pada kelmarin. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI