fbpx

APMM patah cubaan seludup rokok guna jalan laut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Suffi (kanan) menunjukkan sebahagian daripada 330,000 batang rokok berjaya disyaki seludup yang berjaya dirampas pada sidang akhbar di Pejabat Maritim Terengganu, Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Cubaan sebuah sindiket cuba menyeludup masuk 330,000 batang rokok bernilai kira-kira RM350,000 menggunakan jalan laut gagal apabila berjaya dipatahkan Maritim Malaysia (APMM) kelmarin.

Pengarah Maritim Terengganu, Kepten Maritim Muhammad Suffi Mohd. Ramli berkata, pemeriksaan bot peronda APMM menjumpai 33 kotak yang mengandungi rokok seludup berkenaan pada pukul 6 petang di Pulau Karah, Kuala Nerus.

“Kotak yang mengandungi rokok seludup itu dikesan telah dilonggokkan di kawasan belukar berhampiran pantai pulau berkenaan.

“Pulau Karah yang tidak berpenghuni terletak kira-kira 1.5 batu nautika dari Pulau Bidong, Kuala Nerus dipercayai cuba dijadikan transit sebelum rokok seludup tersebut mahu dibawa masuk ke daratan,” katanya pada sidang akhbar di Pejabat Maritim Terengganu di sini hari ini.

Muhammad Suffi berkata, sewaktu serbuan dilakukan, tiada bot mahu pun individu disyaki anggota sindiket ditemui di pulau berkenaan.

Tambah beliau, siasatan awal mendapati bekalan rokok seludup tersebut dibawa masuk dari negara jiran.

“Cubaan menyeludup rokok menggunakan jalan laut ini pertama kali dikesan di Terengganu dan ketiga di Pantai Timur sepanjang tahun ini.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 135 (1) (d) Akta Kastam 1967,” katanya. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI