fbpx

Minyak terpakai beri rezeki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fahmi (kanan) dan Mohd. Zubir menjadikan minyak masak terpakai di sebagai sumber pendapatan tambahan.

IPOH – Kehilangan pekerjaan disebabkan pandemik sejak setahun lalu tidak mematahkan semangat dua anak muda ini untuk mencari sumber pendapatan lain.

Fahmi Yusoff bersama rakannya, Mohd. Zubir Mohd Ismail, masing-masing berusia 26 tahun kini mengumpul minyak masak terpakai dari rumah ke rumah.

Jelasnya, minyak tersebut kemudian dihantar kepada syarikat tertentu yang akan memprosesnya menjadi biodiesel.

Menurut Fahmi, mereka melakukan pekerjaan itu secara sambilan bagi mencari duit lebih di samping berniaga secara dalam talian.

“Sebelum ini saya pernah bekerja dengan sebuah syarikat yang menjalankan aktiviti kitar semula di sekolah-sekolah.

“Jadi, apabila tiada pekerjaan saya terfikir mengapa tidak melakukan kerja mengumpul minyak masak terpakai,” ujarnya kepada Kosmo!

Setiap hari mereka mampu mengumpul kira-kira 70 kilogram (kg) minyak masak terpakai yang dibeli pada harga RM1 bagi setiap kg.

Kata Fahmi, permintaan terhadap minyak masak terpakai untuk kitar semula sangat tinggi cuma kesedaran masyarakat mengenainya masih rendah.

Ujarnya, kebanyakan isi rumah tidak mengetahui tentang kaedah membuang lebihan minyak masak yang telah digunakan dan bahan tersebut dibuang begitu sahaja.

“Pada masa ini kami menggunakan Facebook untuk dihubungi (penjual) sebelum menetapkan masa untuk datang membeli minyak masak terpakai.

“Kami merancang untuk menjalinkan kerjasama dengan persatuan penduduk atau komuniti sekali gus meningkatkan kesedaran,” ujarnya. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI