fbpx

Wanita selamat dari rugi besar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUANTAN – Tindakan seorang wanita berusia 34 tahun tidak melayan permintaan ‘penjual emas lelong’ supaya membuat bayaran kali kedua menyelamatkannya daripada menanggung kerugian lebih besar.

Sebaliknya mangsa membuat laporan polis kerana mengesyaki telah ditipu oleh suspek yang menawarkan emas lelong yang tidak wujud di laman sosial Facebook.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, mangsa merupakan kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan tinggal di Maran.

“Mangsa yang tertarik dengan tawaran emas lelong di FB telah menekan pautan ke WhatsApp untuk bertanya seterusnya bersetuju untuk membeli emas berkenaan dengan harga RM688.

“Mangsa telah membuat bayaran harga emas berkenaan menggunakan perbankan internet ke akaun yang diberikan suspek pada hari sama,”katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Katanya, selepas menerima bayaran pertama itu, suspek meminta mangsa memasukkan lagi wang sebanyak RM1,500 jika tidak mahu bayaran pertama hangus.

Ujarnya, mangsa kemudiannya berasa tertipu dan melaporkan perkara itu kepada pihak polis yang giat melakukan siasatan lanjut. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI