fbpx

Lawat mangsa banjir tugas pertama Ismail Sabri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kenderaan membawa Ismail Sabri keluar dari Bangunan Perdana Putra bagi membawa Perdana Menteri ke Kedah untuk meninjau kawasan bencana banjir di negeri itu hari ini. - Foto: FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meninggalkan Kompleks Bangunan Perdana Putra kira-kira pukul 9.19 pagi tadi untuk lawatan kerja rasmi pertamanya ke Kedah.

Terdahulu, Ismail Sabri tiba di Kompleks Bangunan Perdana Putra, di sini kira-kira pukul 8.23  pagi tadi bagi memulakan tugasnya secara rasmi di Pejabat Perdana Menteri.

Ketibaannya disambut Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali, Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun, Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohd. Khairul Adib Abd. Rahman.

Beliau kemudian mengimbas kad perakam waktu kira-kira pukul 8.30 pagi sebelum memasuki pejabatnya.

Ismail Sabri meluangkan masa kira-kira satu jam di Pejabat Perdana Menteri, pagi ini.

Sebaik disapa wartawan di luar bangunan, Ismail Sabri sempat menurunkan tingkap kenderaan dan memaklumkan akan ke Kedah selepas ditanya wartawan.

“Ya, saya akan ke Kedah,” katanya sambil melambai tangan ke arah petugas media. -K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI