fbpx

Parah ditetak akibat burung Murai Cerek

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mangsa parah ditetak tiga lelaki dalam kejadian di sebuah rumah di Kampung Pauh Jabit, Tawang dekat Bachok petang semalam.

BACHOK – Seorang lelaki parah pada bahagian kepala, betis dan lutut selain putus ibu jari tangan kanan selepas ditetak tiga lelaki di sebuah rumah di Kampung Pauh Jabit, Tawang di sini semalam.

Kejadian kira-kira pukul 4 petang itu berlaku selepas mangsa yang berusia 42 tahun bertemu tiga lelaki berkenaan untuk berbincang mengenai burung peliharaan jenis Murai Cerek miliknya yang dipercayai telah dicuri rakan mereka tiga hari lalu.

Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Mohamad Ismail Jamaluddin berkata, siasatan awal mendapati, mangsa dan seorang rakannya telah pergi ke rumah salah seorang suspek untuk bertemu dengan individu didakwa mencuri burung murainya.

Katanya, bagaimanapun, individu terbabit tiada di situ sebelum mangsa telah bertindak menggari suspek untuk dijadikan tebusan.

“Mangsa kemudian telah diserang oleh ketiga-tiga suspek menggunakan sebilah golok dan sebilah pedang sehingga menyebabkan dia putus ibu jari tangan kanan, luka bahagian di kepala, betis kanan dan lutut kiri.

“Mangsa telah dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian untuk rawatan lanjut,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Menurut Mohamad Ismail, ketiga-tiga suspek yang menetak mangsa sudah dikenal pasti dan tangkapan akan dilakukan dengan segera.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan cedera parah menggunakan senjata. – K!ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI