fbpx

Ibu Syamel meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
IBU Syamel, Wan Faaizah (kanan sekali) meninggal dunia malam tadi.

 PETALING JAYA – Selepas sebulan bertarung nyawa akibat masalah kekurangan oksigen dalam badan, ibu kepada penyanyi Syamel iaitu Wan Faaizah Karim, 55, meninggal dunia sekitar pukul 10 malam tadi.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di sebuah pusat perubatan swasta di ibu negara.

Syamel atau nama sebenarnya, Syameel Aqmal Mohd. Fodzly, 28, berkongsi khabar duka itu menerusi entri Instagram.

“Umi saya, Wan Faizah Karim telah kembali menghadap pencipta-Nya pada pukul 10.09 malam tadi. Doakan urusan umi saya dipermudahkan.

“Ampunkanlah dosa umi, Engkau perlihatkanlah syurga buatnya, jadikanlah kuburnya seperti taman di taman-taman syurga dan terimalah segala amal baiknya di dunia untuk dijadikan teman di alam sana.

“Terangilah cahaya di dalam kuburnya. Sesungguhnya umi pergi meninggalkan seribu satu ajaran buatku yang akan ku amalkan hingga akhir hayat,” tulisnya.

Jenazah Allahyarham akan dikebumikan tengah hari ini.

Terdahulu, media melaporkan, Syamel menafikan ibunya dijangkiti Covid-19 dan tidak pernah mengalami masalah kesihatan serius, malah tidak pernah dimasukkan ke hospital sepanjang hidupnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI