fbpx

PM mula tugas rasmi pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri melambai petugas media di luar yang Bangunan Perdana Putra, Putrajaya sebelum memasuki pejabatnya secara rasmi hari ini. - Foto: FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memulakan tugasnya secara rasmi pagi ini di Pejabat Perdana Menteri.

Beliau tiba di Kompleks Bangunan Perdana Putra, di sini kira-kira pukul 8.23 pagi diiringi kenderaan pengiring polis.

Ketibaannya disambut Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali.

Ismail Sabri dijadual memulakan tugasnya pagi ini dengan mengimbas kad perakam waktu sebelum memasuki pejabatnya.

Pagi ini juga, Ismail Sabri akan berlepas ke Kedah bagi meninjau bencana banjir di Merbuk dan Kuala Muda, Kedah yang kini dikategorikan sebagai Kawasan Bencana Tahap Satu.

Ia adalah lawatan pertama Ismail Sabri selepas diangkat sebagai Perdana Menteri.

Difahamkan juga, beliau turut dijadual menziarahi beberapa keluarga dan mangsa yang terjejas dengan bencana banjir itu.

Antara lokasi lain dilawati Ismail Sabri termasuk Jambatan Tupah dan Taman Lembah Merbok.

Difahamkan juga, Ahli Parlimen Bera itu akan meluangkan masa sehari di Kedah sebelum dijangka pulang ke Kuala Lumpur pada sebelah petang. -K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI