fbpx

Lelaki OKU maut jatuh parit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat mangsa berjaya dibawa naik oleh anggota bomba dalam kejadian di Ladang Byram di Nibong Tebal.

SEBERANG PERAI – Seorang lelaki orang kelainan upaya (OKU) ditemui mati lemas selepas terjatuh ke dalam parit di Jalan Baru, Ladang Byram, Nibong Tebal di sini malam tadi.

Mangsa, Lai Sin Nguan, 35, disahkan maut di tempat kejadian oleh wakil Kementerian Kesihatan, namun punca kematian masih dalam siasatan.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu ada pukul 10.45 malam sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

“Berdasarkan maklumat awam ketika bomba tiba, seorang lelaki OKU dipercayai telah terjatuh ke dalam parit dan mangsa telah tenggelam.

“Bomba segera melakukan pencarian dengan menggunakan peralatan ‘grappling iron’ dan berjaya menemui mangsa sebelum dinaikkan ke darat dan disahkan meninggal dunia,” katanya kepada pemberita hari ini.

Menurutnya, mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis bagi tindakan selanjutnya, manakala operasi oleh pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Nibong Tebal itu ditamatkan pada pukul 1.25 pagi. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI