fbpx

Perak FC II ikut nasib ‘abang’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemain PDRM Fc, meraikan garingan gol dalam perlawanan Liga Premier 2021 antara Perak FC II dengan PDRM Fc di Stadium Perak, Ipoh hari ini. ZULFACHRI ZULKIFLI

IPOH- Perak FC II mengikut jejak nasib pasukan abang apabila tumpas 0-3 kepada PDRM FC dalam saingan Liga Perdana di Stadium Perak, sebentar tadi.

Perlawanan tercemar apabila dua pemain masing-masing iaitu Mohamad Aizat Safuan Razali dari Perak II dan Mohd. Nabil Ahmad Latpi (PDRM) dilayangkan kad merah dalam masa kecederaan.

Dalam perlawanan tadi, Bruno Suzuki muncul wira pelawat apabila memainkan peranan besar dalam kejayaan The Cops.

Pemain berasal dari Jepun itu menyumbang dua gol untuk membantu PDRM melonjak ke kedudukan kelima.

Walaupun tuan rumah cuba memberi saingan tetapi mereka tidak terdaya menyaingi anak buah Wan Rohaimi Wan Ismail.

Penyudah lemah turut menjadi faktor menghalang anak buah Syamsul Mohd. Saad biarpun memiliki beberapa peluang termasuk dari sepakan penalti pada babak kedua.

PDRM membuka jaringan seawal minit ke ke-12 apabila Bruno Suzuki melencung bola melepasi penjaga gol, Ahmad Syazwan Sazany Ahmad Shafei dari sebelah kanan.

Pemain itu yang sentiasa menjadi ancaman kepada benteng lawan mencipta peluang jaringan melorong bola kepada Mohamad Nabil Ahmad Latpi untuk menyumbat gol kedua pelawat pada m-21.

Lapan minit kemudian pemain itu menyita nasib tuan rumah dengan jaringan ketiga PDRM pada minlt ke-29.

Babak kedua menyaksikan anak buah Syamsul cuba bangkit tetapi gagal biarpun mendapat sepakan penalti pada minit ke-83, Mohd. Zulkifli Zakaria gagal dengan sepakan nya. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI