fbpx

Remy Ishak mohon maaf jika betul ada yang patah hati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DEMI mengubat kekecewaan peminat, Remy berjanji akan menghiburkan mereka dengan projek baharu pada masa akan datang.

PETALING JAYA – “Jika ada yang patah hati, tolong maafkan saya.”

Itu ungkapan pelakon kacak Remy Ishak terhadap perkongsian video dan luahan patah hati peminat, terutama wanita yang kecewa dengan statusnya kini sudah bergelar suami orang.

Dalam satu hantaran Instagram hari ini, Remy atau nama sebenarnya Mohammad Zalimei Ishak, 39, banyak menerima beberapa video dan mesej yang memaparkan gelagat wanita meluahkan rasa kekecewaan apabila aktor pujaan mereka sudah bernikah.

“Sejak dua hari lepas banyak betul mesej daripada kawan-kawan dan keluarga yang menghantar video seperti ini.

“Saya tahu mereka semua adalah peminat yang bergurau untuk menceriakan hari saya tetapi kalau ada yang betul-betul patah hati, tolong maafkan saya,” ujarnya.

Bagi menenangkan hati semua yang kecewa, pelakon Pujaan Hati Kanda itu berjanji akan terus menghiburkan para peminatnya dalam setiap projek yang akan datang.

“Insya-Allah saya akan tetap akan menghiburkan anda semua dalam projek yang akan datang. Terima kasih semua kerana masih setia bersama saya,” katanya lagi.

Semalam, ribuan hati peminat lelaki dengan jolokan Hero Pujaan Malaya itu punah selepas dia selamat bernikah dengan suri hatinya yang juga seorang usahawan, Ezza Yusof, 38, dalam sebuah majlis ringkas di Masjid Negara.

Sejak berita tersebut tersiar, rata-rata peminat yang ‘jatuh cinta’ terhadapnya meluahkan kekecewaan dalam media sosial sehingga nama Remy sohor kini dalam Twitter.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI