fbpx

93 ditahan ingkar PKPP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan 93 individu atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) semalam.

Daripada jumlah itu, tujuh individu direman, empat individu dijamin, manakala 82 individu lagi dikenakan kompaun.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, antara kesalahan yang dilakukan ialah ingkar arahan membabitkan aktiviti kehadiran orang ramai yang menyukarkan penjarakan fizikal (29), apa-apa aktiviti yang melanggar SOP (41), melanggar SOP kuarantin termasuk memotong gelang kuarantin (satu) dan melanggar tempoh kuarantin (tiga) serta tidak memakai pelitup muka (sembilan).

Katanya, pasukan pematuhan membuat 64,354 pemeriksaan bagi memantau dan menguat kuasa pematuhan prosedur operasi standard (SOP) PKPP semalam.

“Sebanyak 4,019 pasar raya, 5,468 restoran serta 1,384 penjaja dan 2,389 pasar awam dan pasar tani diperiksa. Turut diperiksa, 3,592 tempat ibadah serta 1,504 tempat riadah.

“Pasukan pematuhan akan terus mempertingkatkan pemeriksaan serta mengambil tindakan ke atas pemilik premis dan orang awam yang tidak mematuhi SOP PKPP yang ditetapkan,” katanya pada sidang media harian PKPP selepas Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI