PETALING JAYA – Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini menggunakan pendekatan Keluarga Malaysia sebagai tunjang dalam ucapan perdana selaku Perdana Menteri ke-9.
Perdana Menteri berkata, semua ahli Dewan Rakyat khususnya sama ada di dalam atau luar kerajaan supaya menggembleng tenaga untuk memulihkan semula keadaan negara.
“Marilah kita dengan fikiran terbuka dan dada yang menerima, mencungkil persamaan dengan tidak lagi menggali perbezaan. Kita perlu bersepakat untuk menyelamatkan keluarga kita iaitu Keluarga Malaysia.
“Frasa ini digunakan kerana sifatkan lebih inklusif serta merentasi sempadan agama, bangsa dan kaum,” katanya dalam ucapan yang disiarkan secara rakaman di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya hari ini.
Tambahnya, kita semua menyedari kewujudan sesebuah keluarga yang
berkahwin dengan pelbagai bangsa dan agama tetapi nilai
kekeluargaan telah mengikat mereka semua.
Menurut Ismail Sabri, oleh sebab itu, konsep Keluarga Malaysia diambil kerana bagi beliau keutuhan negara terikat dengan nilai-nilai didikan sempurna dalam sesebuah keluarga. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929