fbpx

Polis tambah jumlah petugas elak kesesakan di PPV

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Polis sedang berkawal di PPV Mega Stadium Bukit Jalil, dekat sini hari ini bagi mengelak berlakunya kesesakan teruk.

KUALA LUMPUR – Polis menambah kekuatan petugasnya daripada 38 orang kepada 78 anggota dalam usaha mengatasi masalah kesesakan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Mega Stadium Bukit Jalil, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar berkata, penambahan itu turut melibatkan tujuh anggota daripada Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT).

“Penugasan itu dibahagikan kepada lima pasukan yang ditempatkan di pintu A melibatkan penerima dos pertama, manakala pintu E (penerima dos kedua), parkir A dan B.

“Kawalan bermula dari lokasi orang ramai turun bas hingga ke laluan masuk di pintu A dan pintu B,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Jelasnya, pemerhatian pada pukul 9.30 pagi mendapati kehadiran orang ramai sudah menjangkau 18,000 orang.

“Kehadiran itu melebihi jumlah jangkaan memandangkan jumlah vaksin yang disediakan hanyalah untuk 12,000 penerima.

“Jadi individu yang melebihi jumlah yang dibenarkan diminta bersurai dari lokasi segera bagi mengelak kesesakan,” ujarnya.

Semalam, PPV Mega Stadium Bukit Jalil dibanjiri pekerja asing daripada sektor perindustrian dan pembangunan seawal pukul 4 pagi dan mereka dilihat gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi mencegah penularan Covid-19. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI