PUTRAJAYA – Sebanyak 19,807 kes baharu dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kes positif Covid-19 sebanyak 1,555,093 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor merekodkan sebanyak 5,379 kes, diikuti oleh Sabah sebanyak 2,638 kes dan Kedah sebanyak 1,948 kes.
“Seterusnya, Sarawak (1,772 kes), Pulau Pinang (1,501 kes), Johor (1,391 kes), Kelantan (1,196 kes), Kuala Lumpur (999 kes), Perak (703 kes), Pahang (598 kes), Melaka (558 kes), Terengganu (534 kes) dan Negeri Sembilan (508 kes).
“Perlis (54 kes), Putrajaya (24 kes) dan Labuan (empat kes),” katanya pada Facebook di sini hari ini. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929