fbpx

Polis berjaya kawal kesesakan di PPV Evo Mall

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kelihatan pihak polis sedang membuat pemantauan di lokasi, hari ini.

KAJANG – Kehadiran kira-kira 3,000 orang untuk mengambil suntikan vaksin secara terus atau ‘walk-in’ hari ini menyebabkan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Evo Mall, Bandar Baru Bangi berlaku kesesakan yang teruk.

Bagaimanapun kesesakan itu berjaya dikawal menerusi tindakan pantas pasukan polis dari Balai Bandar Baru Bangi.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan berkata, kehadiran orang ramai secara ‘walk in’ ke PPV tersebut bermula kira-kira pukul 9 pagi.

“Keadaan menjadi tidak terkawal setelah kira-kira 3,000 orang yang terdiri daripada warga asing dan tempatan datang sekali gus untuk mendapatkan suntikan vaksin.

“Bagaimanapun, keadaan itu dapat dikawal dengan bantuan seorang pegawai polis bersama enam anggota dan ia kembali teratur kira-kira pukul 12 tengah hari,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, PPV berkenaan telah lama beroperasi dan tidak pernah berhadapan dengan kesesakan seperti itu. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI