fbpx

Tiga sekeluarga nyaris rentung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nor Aliya Maisarah (kanan) bersama ibunya hanya mampu melihat sisa rumah sewa mereka yang terbakar di Kampung Jias, Pasir Mas hari ini. - FOTO YATIMIN ABDULLAH

PASIR MAS – Tiga sekeluarga nyaris rentung selepas rumah sewa yang menjadi tempat tinggal mereka sejak 14 tahun lalu di Kampung Jias di sini terbakar pagi tadi.

Dalam kejadian pada pukul 9.30 pagi itu, tiga sekeluarga berkenaan berjaya menyelamatkan diri selepas salah seorang daripada mereka mendengar bunyi letupan akibat kebakaran.

Mangsa, Nor Aliya Maisarah Abdul Talib, 18, berkata, semasa kejadian, dia berada di dalam bilik bersama anak saudaranya berusia dua tahun yang sedang tidur ketika ini.

Menurutnya, dia terkejut dengan bunyi letupan kecil sebelum terus keluar dari bilik dan mendapati sebahagian rumah sudah terbakar.

“Terkejut dengan kejadian itu, saya terus mengejutkan abang, Mohd. Asyraf, 21, yang sedang tidur di biliknya ketika itu.

“Saya bersama abang dan anaknya terus keluar dari rumah untuk menyelamatkan diri. Kami tidak sempat berbuat apa-apa kerana api marak dengan cepat dan hanya mampu melihat dari jauh sahaja,” katanya ketika ditemui pemberita hari ini.

Nor Aliya Maisarah memberitahu, semasa kejadian berlaku, ibunya Napisah Mat Zin, 53, tiada di rumah kerana keluar membeli lauk-pauk untuk makan tengah hari.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Mas, Penolong Penguasa Bomba Shapawi Stapa berkata, anggaran kerugian dan punca sebenar kebakaran masih dalam siasatan. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI