fbpx

Nelayan pesan tidak mahu pulang sebelum hilang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zakiah menunjukkan gambar Mohd. Rafi yang dikhuatiri lemas di perairan Pantai Sabak, Kota Bharu tiga hari lalu.

KOTA BHARU – “Baliklah dahulu, aku mungkin tidak balik,” itu kata-kata terakhir yang diungkapkan oleh seorang nelayan, Mohd. Rafi Omar, 37, kepada rakannya sebelum dikhuatiri lemas di perairan Pantai Sabak sejak tiga hari lalu.

Kakak mangsa, Zakiah Omar, 51, berkata, adiknya keluar pada malam Selasa lalu dan pulang ke rumah kira-kira pukul 7 petang keesokan harinya selepas keluar mencandat sotong dan menangkap ikan.

Menurutnya, mangsa keluar semula kira-kira pukul 12 tengah malam Khamis lalu selepas melihat abangnya, Mohd. Zaki, 47, pulang dengan membawa hasil tangkapan sotong yang banyak.

“Semasa mangsa keluar, dia hanya memaklumkan bahawa akan turun semula ke laut untuk mencandat sotong. Ia merupakan perkara biasa buat kami apabila dia sudah menjadi nelayan sejak lebih 15 tahun lalu.

“Dia ada bertemu beberapa nelayan lain dan sempat menjamah roti sebelum turun ke laut. Ketika pertemuan itu, dia memaklumkan bahawa tidak akan pulang ke rumah kerana mahu turun semula ke laut,” katanya ketika ditemui pemberita di Jeti Nelayan Pantai Sabak di sini hari ini.

Menurut Zakiah, adik bongsunya itu mengambil keputusan tidak mahu pulang dan meneruskan tugasnya seorang diri meskipun berkali-kali diajak balik oleh rakannya.

Katanya, dia tetap berharap Mohd. Rafi ditemui dalam keadaan selamat meskipun sudah tiga hari dilaporkan hilang di lautan.

Sementara itu,Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Kelantan, Kapten Maritim Syed Nor Adli Syed Ab.Rahman berkata, operasi mencari mangsa sedang giat dijalankan ketika ini dan lelaki itu berkemungkinan lemas dari arah barat sebelum dibawa arus ke utara. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI