fbpx

Pelanggan dari neraka dikecam netizen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar memaparkan seorang petugas (kiri) cuba memberi penjelasan kepada pelanggan yang mempersoalkan mengapa dia tidak dibenarkan masuk ke dalam lot kedai di Kota Tinggi, Johor baru-baru ini.

PETALING JAYA – Gelagat seorang pelanggan yang mempersoalkan tindakan pengawal keselamatan menghalangnya daripada memasuki sebuah gedung terkenal di Kota Tinggi, Johor kerana tidak memenuhi syarat lengkap vaksinasi mengundang kecaman ramai baru-baru ini.

Klip video berdurasi 2 minit 20 saat itu memaparkan lelaki terbabit meninggikan suara dan tidak mempedulikan penerangan pengendali premis yang berulang kali memberitahu pihaknya hanya mengikut prosedur operasi standard (SOP) berhubung perkara berkenaan.

“Kenapa dia satu dos dia boleh kerja di sini. Dia periksa saya punya (aplikasi) MySejahtera satu dos tidak boleh masuk.

“Bos boleh tanggung ke dia boleh terus sihat dan tidak jangkit kepada pelanggan,” ujarnya dalam video tersebut.

Video yang dimuat naik pemilik akaun Twitter bernama Penglipur Lara itu ditonton lebih 500,000 kali namun pemilik asalnya tidak diketahui.

Ramai netizen mengecam tindakan lelaki terbabit yang disifatkan menyusahkan orang lain selain ada yang melabelnya sebagai pelanggan dari neraka.

“Pelanggan dari neraka. Orang sudah kata dua dos sahaja boleh masuk. Faham-faham sendirilah dua dos hanya mengurangkan risiko engkau sakit teruk kerana virus,” komen Megat Sharezman.

“Bencinya pelanggan begini. Dia ingat sengaja ke tidak bagi dia masuk dan kami tidak mahu buat jualan. Setakat ini banyak dah tolak rezeki. Aku pun ada kena marah dengan pelanggan sebab perkara begini,” kongsi Faa.

“Pekerja buat ujian calitan setiap minggu. Ada yang selang tiga hingga lima hari. Sebab itu walau satu dos staf boleh bekerja kerana syarikat tahu status kesihatan mereka,” jelas Lady Shilzz.

“Kalau semua hendak tunggu dapat dua dos sampai sudah tidak boleh buka mana-mana perniagaan. Ideanya untuk menolong pemilik bisnes. Bukan hendak mempertikaikan saja. Kalau tidak engkau saja jadi jaga, berdiri sana,” kata pemilik akaun @pandaiisnotpanda. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI