fbpx

Enggan berdendam, Shuib maafkan Aisar Khaled

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHUI mengambil pendekatan memaafkan dan berharap Aisar dapat belajar daripada kesilapannya.

PETALING JAYA – Enggan memanjangkan isu, selebriti dan usahawan, Shuib berlapang dada memaafkan pempengaruh media sosial, Aisar Khaled yang didakwa mengambil kesempatan atas kematian Allahyarham Siti Sarah menerusi satu hantaran video baru-baru ini.

Perkara tersebut tergambar dalam sepotong audio pesanan suara Shuib menerusi Whatsapp yang dimuat naik Aisar dalam akaun Instagramnya semalam.

“Tidak mengapa, awalnya saya tahu dan tengok video itu, saya sudah maafkan awak. Tiada gunanya saya nak sakit hati dan berdendam. Saya nak mudahkan urusan semua orang sebab saya juga minta Allah SWT mudahkan urusan saya.

“Jadi saya tidak mahu berbuat salah juga tidak mahu menyusahkan orang lain. Insya-Allah awak orang hebat dan baik, terus buat kebaikan,” kata Shuib.

Shuib atau nama lengkapnya Shahmira Muhamad, 37, turut mengakui bahawa dia juga sering melakukan kesilapan dan mahu perkara tersebut dijadikan pengajaran kepada semua.

Malah, ahli kumpulan pelawak Sepahtu itu juga terus mendoakan Aisar agar menjadi seorang YouTuber yang berjaya satu hari nanti.

“Saya sering buat salah dan dosa dengan Allah tetapi mungkin apa yang boleh dijadikan pengajaran ialah jangan membuat kesalahan sama.

“Saya doakan awak terus menjadi YouTuber yang hebat, baik dan bagus. Gunakan platform kita untuk sebarkan kebaikan.

“Jangan jadi orang yang terlalu seronok membuat kandungan sampaikan akhirnya nanti, apa yang kita buat itu akan makan diri kita sendiri,” katanya lagi.

Dalam nasihat tersebut, Shuib turut mengingatkan kepada Aisar tentang kematian yang sentiasa menghampiri manusia.

“Kita kena ingat kematian cukup hampir dengan kita.

“Semoga kebaikan yang kita lakukan di atas muka bumi ini menerusi platform yang Allah beri untuk buat perkara baik,” ujarnya.

Sementara itu, Aisar menitipkan ucapan terima kasih kepada Shuib dan mengakui ujian yang dilaluinya awal Ogos lalu telah mengubah kehidupannya.

Untuk rekod, Aisar telah menerima kecaman hebat selepas membuat dan memuat naik videonya melawat pusara Allahyarham Siti Sarah Raissuddin dalam saluran YouTubenya pada 9 Ogos lalu.

Tidak lama kemudian, Aisar bertindak memadam video tersebut dan membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Shuib. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI