fbpx

13 PPV walk-in untuk warganegara di Lembah Klang mulai esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Petugas Khas Imunisasi Covid-19 (CITF) menetapkan hanya 13 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) dibuka untuk suntikan vaksin secara ‘jumpa terus’ (walk-in) kepada warganegara di Lembah Klang bermula esok.

CITF memaklumkan, ketetapan itu dibuat memandangkan bilangan walk-in untuk warganegara Malaysia semakin berkurangan sejak dimulakan 2 Ogos lalu.

“Oleh itu, walk-in untuk semua warganegara Malaysia di Lembah Klang akan diteruskan tetapi di 13 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) tertentu,” katanya menerusi kenyataan akhbar hari ini.

Katanya, sembilan PPV dibuka esok termasuk Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) HCO F, HCO G dan HCO H; Pusat Konvensyen Bangi Avenue (BACC), Axiata Arena Bukit Jalil, Pusat Konvensyen Ideal (IDCC), Shah Alam dan Hotel Wyndham, Klang.

Manakala, dua lagi dibuka bermula 25 Ogos iaitu  Le Pavilion Gamuda Garden, Gombak dan Bukit Beruntung Golf Resort selain dua PPV lain dibuka mulai 26 Ogos iaitu Galaxy Mall Ampang dan  Universiti Multimedia, Cyberjaya.

Dalam pada itu, CITF berkata, bagi bukan warganegara Malaysia di Lembah Klang pula, kaedah walk-in yang dikhususkan di Pusat Pemberian Vaksin Stadium Nasional Bukit Jalil (PPV SNBJ) sehingga 22 Ogos ini akan digantikan dengan vaksinasi melalui kaedah janji temu.

“Ini bermakna, PPV SNBJ tidak lagi menerima walk-in bukan warganegara bermula 23 Ogos ini. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI