fbpx

Hujan lebat dan ribut petir di 11 negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jabatan Meteorologi Malaysia

PETALING JAYA – Beberapa kawasan di 11 negeri dijangka berdepan hujan lebat dan ribut petir berdasarkan ramalan Jabatan Meteorologi Malaysia (MET) sehingga pukul 12 tengah hari ini.

Negeri terlibat adalah Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka,
Johor, Sarawak dan Sabah.

Hujan lebat dan ribut petir dijangka berlaku di seluruh Perlis, Pulau Pinang dan Melaka.

Manakala Kedah di Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Yan, Pendang, Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu.

Perak di Kerian, Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar dan Batang Padang.

Terengganu di Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Marang dan Dungun, manakala Pahang di Tanah Tinggi Cameron, Pekan dan Rompin.

Negeri Sembilan pula di Tampin dan Johor di Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang serta Pontian.

Hujan lebat dan ribut petir di Sarawak pula diramal di Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit dan Bintulu, manakala Sabah di Sandakan dan Kudat.

Sementara itu, MET memaklumkan berlaku gempa bumi kuat di Rantau Kepulauan Sandwich Selatan pada pukul 8:45 pagi ini.

Bagaimanapun gempa bumi itu tidak memberi ancaman Tsunami kepada Malaysia. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI