fbpx

11 sektor ekonomi dibenarkan beroperasi di Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kedai gunting rambut antara 11 sektor ekonomi dibenarkan operasi di negeri Johor bermula semalam.

JOHOR BAHRU – Sejumlah 11 aktiviti sektor ekonomi yang dibenarkan di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN) bagi negeri Fasa 1 turut terpakai di Johor bagi individu yang telah menerima vaksinasi lengkap.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor, Ayub Jamil berkata, keputusan itu berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) terbaru dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN), semalam.

“11 jenis aktiviti sektor perdagangan dan pengedaran serta sektor pasar yang dibenarkan beroperasi adalah kedai cuci kenderaan; kedai elektrik dan elektronik; kedai barangan rumah dan peralatan dapur; kedai perabot; kedai peralatan sukan dan kedai aksesori kenderaan.

“Selain itu termasuklah pusat pengedaran dan jualan kenderaan; kedai pakaian, fesyen dan aksesori; kedai barang kemas; kedai gunting rambut dan pusat atau salun kecantikan (perkhidmatan gunting rambut asas sahaja) serta pasar (pasar pagi, pasar tani, pasar malam dan pasar minggu),” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Baru-baru ini, timbul kekeliruan orang ramai termasuk di negeri ini apabila difahamkan kebenaran beroperasi bagi 11 sektor berkenaan hanya terpakai sekiranya negeri Fasa 1 PPN terbabit telah melepasi 50 peratus kadar penduduk dewasa lengkap divaksin.-K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI