fbpx

Sungai Klang jadi sumber air tahun depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amirudin (dua dari kiri) semasa sidang akhbar sambutan Hari Sungai Sedunia 2020 peringkat negeri Selangor di sini

SHAH ALAM – Hasrat menjadikan Sungai Klang menjadi sumber air bagi kegunaan penduduk di sekitar Lembah Klang bakal terlaksana tahun depan.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, perbincangan mengenainya telah dijalankan bersama Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man termasuk pembinaan loji rawatan Sungai Rasau bagi memproses air tersebut kerana ia melibatkan peruntukkan geran Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri.

Katanya, sumber air sebelum ini hanya dibekalkan oleh Sungai Selangor dan Sungai Langat.

“Sungai Klang mampu membekalkan hampir 1,000 juta liter sehari tetapi berfasa dengan kualiti air kini berada tahap ketiga berbanding empat sebelum ini.

“Kalau proses seterusnya dapat dilaksanakan, kita konsisten kualiti air berada tahap kedua yang merupakan tahap dibenarkan bagi di Selangor untuk diproses dan dibersihkan. Kalau semuanya berjalan lancar, saya akan mengumumkan perkara itu dalam belanjawan 2021,” katanya pada sidang akhbar sempena Hari Sungai Sedunia Peringkat Selangor di sini hari ini.

Menurut Amirudin, berdasarkan statistik syarikat pembersihan, Ocean Clean Up melaporkan pungutan sampah kini telah berkurang kepada 4 tan berbanding 10 tan setiap hari sebelum ini.

Ujarnya, bagaimanapun penurunan kutipan sampah itu adalah signifikan disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan sebagainya selain bergantung kepada komuniti setempat.

Dalam perkembangan berlainan, beliau menegaskan pihak Lembaga Pengarah Air Selangor telah bekerjasama dengan Indah Water Konsortium Sdn. Bhd. untuk mengitar semula air-air kumbahan untuk tujuan industri.

“Sekarang ini, kita sedang buat percubaan di satu kawasan berkapasiti 5 juta liter dan kita mempunyai kapasiti kolam-kolam takungan Indah Water yang berpotensi namun jangan bimbang sumber air akan digunakan untuk industri,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI