fbpx

Penjara Pokok Sena, Penjara Tapah sekali lagi kena PKPD

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Kawasan Penjara Pokok Sena di Kedah sekali lagi dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) susulan merekodkan 489 kes positif Covid-19 termasuk kuarters kakitangan yang terletak di Kilometer 23, Jalan Naka, Daerah Pokok Sena.

PKPD itu susulan pengumuman Kluster Tembok 2 pada Khamis lalu hasil saringan bersasar melibatkan 570 tahanan di penjara berusia 18 tahun serta berkeluasan 79 hektar tersebut.

Kali pertama penjara berkenaan pernah diwartakan PKPD ialah dari 11 sehingga 24 Oktober tahun lalu ekoran Kluster Tembok 1 yang membabitkan 3,262 banduan dan 587 petugas.

Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Rodzi Md. Saad berkata, turut dikenakan PKPD ialah Kampung Telemin, Mukim Gua, Daerah Lipis, Pahang susulan kluster komuniti sosial diumumkan semalam yang mencatatkan 25 kes termasuk rakyat asing.

“Di Perak, dua lokaliti terlibat iaitu Pelantar Sungai Pinang Kecil, Pulau Pangkor dan sekali lagi, Penjara Tapah, Batang Padang yang pernah dikenakan dari 1 Mac sehingga 26 April lalu.

“Selebihnya yang turut dilaksanakan PKPD sehingga 5 September ini membabitkan tujuh lokaliti di Sabah antaranya Taman Mesra, Sandakan; Kampung Sulit Paitan dan Kampung Matanggal Lama, Beluran; serta Taman Thien Vun, Taman Victoria, Taman King Fook dan Kampung Kurnia, Batu 4, Tawau,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, dua lokaliti di negeri itu yang sepatutnya berakhir PKPD esok disambung lagi iaitu Taman Semarak Indah, Tawau dan Kampung Tanjung Kapor, Kudat; manakala di Pahang pula melibatkan Kampung Orang Asli Sungai Bot, di Batu 23, Jalan Manchis, Karak, Daerah Bentong. -K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI