fbpx

Tuchel resah fikirkan taktikal Arsenal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ROMELU LUKAKU (tengah) bakal menjadi pertaruhan terbaharu Chelsea untuk merobek gawang Arsenal malam ini. – AFP

LONDON – Pengurus Chelsea, Thomas Tuchel menganggap Arsenal sebagai pasukan underdog menjelang pertemuan kedua-dua pasukan pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Emirates malam ini.

The Blues bertandang ke Emira­tes dengan motivasi tinggi selepas menang 3-0 ke atas Crystal Palace minggu lalu, manakala Arsenal tewas 0-2 kepada pendatang baharu liga, Brentford.

Selain itu, The Gunners juga berada dalam situasi tidak menentu apabila dua penyerang, Alexandre Lacazette dan Pierre-Emerick Aubameyang mungkin terlepas perlawanan tersebut gara-gara Covid-19.

“Sukar untuk saya jangka barisan pemain yang akan diturunkan Arsenal nanti. Jika berada di tempat mereka, mungkin saya anggap Arsenal sebagai underdog berdasarkan situasi yang dihadapi.

“Mereka tewas perlawanan pertama minggu lalu dan sudah pasti akan bangkit ketika ber­temu kami nanti. Ini adalah pertemuan derbi, jadi apa sahaja boleh berlaku,” kata Tuchel.

Walaupun skuad kendaliannya berada pada prestasi terbaik ketika ini, namun beliau menggesa anak-anak buahnya tidak memandang rendah kemam­puan Arsenal.

“Mereka masih sebuah pasukan yang berkualiti menerusi kemasukan pemain-pemain baharu. Saya yakin Arsenal mampu untuk mengecewakan kami jika pemain-pemain tidak berikan fokus,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI