fbpx

Nur Husna derita usus tersumbat rayu bantuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LATIFAH bersama Nur Husna ketika ditemui di rumahnya di Kampung Paya, Balai Besar, Dungun kelmarin.

DUNGUN – Hati ibu bapa mana yang tidak keruan apabila bayi perempuan mereka yang baru berusia 10 bulan menderita pe­nyakit usus.

Shakur Ismail, 36, berkata, Nur Nadia Husna menghadapi masalah usus besar tersumbat sehingga menyukarkannya untuk membuang air besar sejak berusia sebulan.

“Pembedahan untuk me­nebuk perut Nur Husna bagi membentuk saluran keluar najis yang menelan belanja RM16,818 telah dilakukan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) tiga minggu lalu,” katanya kelmarin.

Shakur yang mempunyai dua lagi anak perempuan berusia empat dan tujuh tahun berkata, Nur Husna yang baru belajar me­rangkak kini perlu memakai beg stoma pada bahagian perut.

Tukang rumah itu berkata, anak bongsunya dijadual menjalani pembedahan membetulkan semua saluran usus besar tidak lama lagi.

“Saya masih belum dimaklumkan berhubung kos pembedahan susulan tersebut tapi pasti saya tidak mampu untuk membia­yainya apatah lagi sudah lebih dua bulan saya tidak bekerja kerana pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD),” katanya.

Shakur berkata, dia dan isteri, Latifah Harun, 28, amat mengharapkan simpati ramai demi masa depan anak mereka.

Orang ramai boleh menghulurkan sumbangan menerusi akaun bank, 1100-4410-0011-2649 (Bank Simpanan Nasional) atau menghubungi Shakur di talian 017-9522192. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI