fbpx

Netizen tersentuh hati dengan nukilan Aeril Zafril

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AERIL ZAFRIL dan isteri meraikan hari lahir anak kedua mereka, Hayla baru-baru ini.

CAIR hati peminat apabila pelakon Aeril Zafril membaca nukilan yang ditulis untuk puteri kesayangannya, Hayla Adzkiya sempena ulang tahun kelahiran yang keenam baru-baru ini.

Bukan setakat netizen, Diva sekali ‘hanyut’ membaca madah penuh puitis yang dikarang Aeril untuk anak keduanya itu.

Dalam nukilan tersebut, suami kepada Wawa Zainal itu memberitahu bahawa kelahiran Hayla menyempurnakan lagi kehidupannya suami isteri selepas memiliki anak sulung iaitu Attar.

Bahkan, Aeril turut berjanji untuk menjadi seorang bapa yang baik untuk menjaga anak-anak yang diamanahkan Tuhan kepadanya.

Perkongsian Aeril ternyata membuatkan pengikutnya dalam Instagram berasa tersentuh dan terharu. Masing-masing menganggap pelakon itu sebagai seorang bapa mithali.

Beruntung Wawa serta anak-anak. Sudahlah dapat suami dan ayah yang tampan, baik hati dan penyayang pula itu.

Diva doakan supaya Aeril sentiasa bahagia dan dipanjangkan usia.

DIVA: Semakin ramai selebriti wanita berhijrah dan berhijab. Selebriti lelaki pula, ramai yang masuk tabligh.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI