fbpx

Kes aktif terus meningkat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Pesakit sedang dirawat dan diasingkan terus meningkat melepasi 260,000 iaitu sebanyak 260,880 kes hari ini termasuk 1,035 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 513 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Terdapat 223 kes kematian dilaporkan melibatkan 199 warga Malaysia dan 24 warga asing terdiri daripada 118 lelaki dan 105 wanita dengan 35 kes meninggal dunia di luar hospital menjadikan jumlah kes kematian Covid-19 sebanyak 13,936 kes.

Sebanyak 18,576 kes sembuh pula direkodkan dengan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya daripada Covid-19 sebanyak 1,260,470 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 18,374 kes (82.5 peratus) daripada jumlah kes yang dilaporkan tiada atau tidak lengkap vaksinasi.

Beliau berkata, 469 kes (2.1 peratus) adalah kategori tiga, empat dan lima, manakala 21,793 kes (97.9 peratus) daripada kategori satu dan dua berdasarkan keadaan klinikal kes semasa baharu didiagnosis Covid-19.

Menurutnya, sebanyak 184 kes kategori lima dengan 89.1 peratus atau 164 daripadanya tiada atau tidak lengkap vaksinasi dan 81 kes kategori empat dengan 67 kes atau 82.7 peratus tiada atau tidak lengkap vaksinasi.

“Kategori tiga dengan 204 kes dengan 175 kes tiada atau tidak lengkap vaksinasi, 10,803 kes kategori dua dengan 8,933 kes tiada atau tidak lengkap vaksinasi serta 10,990 kes kategori satu dengan 9,035 kes tiada atau tidak lengkap vaksinasi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, sebanyak 32 kluster baharu dikenal pasti terdiri daripada 18 kluster tempat kerja, 13 kluster komuniti serta satu kluster keagamaan. -K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI