TIDAK lama dahulu, kerap juga Diva mendengar tentang kisah percintaan pelakon kecil molek Ruhainies dengan kekasihnya yang merupakan seorang ‘anak datuk’, namun sekarang, macam sepi pula kisah mereka.
Tidak dapat dipastikan sama hubungan percintaan mereka masih berlangsung atau tidak.
Perkara tersebut bukan saja menjadi tanda tanya Diva. bahkan rata-rata pengikut Instagramnya.
Dalam satu sesi soal jawab InstaStory, seorang pengikutnya bertanya: “Apa status Ruhainies, sudah berpunyakah?”
Tidak mengiyakan mahupun menafikan, aktres berkulit putih itu hanya menjawab: “Saya, Allah SWT yang punya.”
Jawapan selamat sangatlah dik.
Apapun, ramai yang mendoakan agar pelakon drama Cukup Derita Itu cepat dipertemukan jodoh dan segera mendirikan rumah tangga dengan jejaka yang baik.
DIVA: Sejuk sungguh cuaca di Malaysia beberapa hari lalu. Rindu pula hendak bercuti di Cameron Highlands.