fbpx

Negeri Sembilan FC benam KUFC 2-0

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GASSAMA (tengah) cuba melepasi kawalan pemain pertahanan Negeri Sembilan FC pada aksi Liga Premier di Stadium Sultan Muhammad, Kota Bharu hari ini. - Foto IHSAN KUFC

KOTA BHARU – Kelab Bola Sepak Kelantan United (KUFC) tumpas 0-2 kepada Negeri Sembilan FC pada aksi Liga Premier di Stadium Sultan Muhammad IV di sini sebentar tadi.

KUFC dikejutkan dengan jaringan awal pelawat menerusi sepakan penalti ketua pasukan Negeri Sembilan FC, Mohamad Zaquan Abdul Razak pada minit ke-11 selepas bola terkena tangan pemain pertahanan tuan rumah.

Peluang terbaik KUFC untuk menyamakan kedudukan hadir pada minit ke-18 menerusi rembatan Ariusdius Jais, namun berjaya ditampan keluar oleh penjaga gol, Damien Lim.

Damien Lim terus menjadi penyelamat Negeri Sembilan FC apabila tandukan ayam tambatan KUFC, Gassama Alfusainey berjaya ditepis keluar beberapa minit kemudian.

Menuju minit-minit akhir babak pertama, Muhammad Asraff Aliffuddin Yasin melepaskan peluang terbaik buat KUFC untuk menyamakan kedudukan apabila rembatan derasnya melewati palang gol.

Negeri Sembilan FC terus berusaha menambah jaringan pada babak kedua dan peluang terbaik hadir pada minit ke-53 menerusi rembatan jarak dekat Alain Akono, namun gagal membolosi gawang tuan rumah.

Akono sekali lagi menjadi duri dalam daging buat KUFC apabila hampir menjaringkan gol buat pelawat, namun tandukannya sekadar melewati palang meski pun penjaga gawang, Mohamad Fikri Che Soh sudah tertewas pada minit ke-69.

Francis Kone menambah derita tuan rumah apabila meledak jaringan kedua pelawat pada minit ke-81.

Keputusan itu kekal hingga tamat perlawanan menyaksikan tuan rumah terus kempunan untuk meraih mata penuh.- K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI