fbpx

Lori lima tan TLDM musnah terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba memadamkan kebakaran melibatkan sebuah lori TLDM Lebuhraya PLUS dekat Trolak.

TANJUNG MALIM – Sebuah lori lima tan milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) musnah dalam kebakaran di Kilometer 356 Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara dekat Trolak di sini hari ini.

Difahamkan, lori yang membawa pakaian seragam dan beg-beg itu dalam perjalanan dari Port Dickson, Negeri Sembilan ke Pangkalan TLDM, Lumut.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Slim River, Mohd. Fazrul Azuan Norman berkata, pihaknya dimaklumkan kejadian itu pada pukul 12.36 tengah hari.

Katanya, sepasukan 15 anggota dari BBP Slim River dan BBP Bidor digerakkan ke lokasi kejadian bagi melakukan operasi memadam kebakaran.

“Setibanya di lokasi, api didapati sedang marak dan anggota segera melakukan kerja-kerja pemadaman. Api berjaya dipadamkan sepenuhnya dalam tempoh enam minit.

“Kemusnahan kebakaran dianggarkan 85 peratus namun tidak melibatkan kecederaan atau kemalangan jiwa. Dua anggota TLDM yang menaiki lori tersebut berjaya menyelamatkan diri,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.-K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI