fbpx

PDRM rakam ucapan tahniah kepada Perdana Menteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Acryl Sani

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada Datuk Seri Ismail Sabri atas pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri Kesembilan.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, PDRM mengucapkan tahniah atas pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia kesembilan setelah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

“PDRM akan terus kekal komited dalam memikul amanah yang dipertanggungjawabkan dalam menjaga keselamatan negara.

“Ia termasuk menjunjung kedaulatan undang-undang demi kesejahteraan masyarakat serta negara di bawah kepimpinan Datuk Seri Ismail Sabri,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kini sah dilantik sebagai Perdana Menteri Kesembilan di Istana Negara hari ini.

Istiadat pengurniaan surat cara pelantikan, istiadat mengangkat sumpah jawatan dan setia serta sumpah simpan rahsia itu bermula kira-kira pukul 2.30 petang hari ini.

Pada majlis tersebut, Ismail Sabri membacakan sumpah simpan rahsia di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. – K! ONLINE.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI