fbpx

Nombor Caprice di bio tiada maklum balas – polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pihak polis masih gagal menghubungi Caprice yang dipercayai berada di Jordan.

KUALA LUMPUR – Polis telah cuba menghubungi nombor yang tertera di Instagram milik penyanyi rap yang juga aktivis kemanusiaan, Caprice bagaimanapun masih tidak mendapat sebarang maklum balas.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, pihaknya telah menghantar pesanan di nombor yang diberikan namun masih tidak menerima sebarang maklum balas.

“Kita telah menghantar pesanan di nombor tersebut bagaimanapun masih tidak menerima sebarang maklum balas,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Semalam, Caprice telah memuat naik status di media sosial Instagram yang mendedahkan nombor telefon sekiranya terdapat mana-mana individu ingin berhubung dengannya.

“Orang kata, ada pihak cari kita? Amman to Ramallah. Siapa-siapa tengah cari, polis ke, Interpol ke, mak mertua ke, Zizan untuk ‘keychain’ Firaun ke, boleh WhatsApp saya.

“Nombor (telefon) ada di ‘bio’ Instagram,” katanya.

Kosmo! sebelum ini melaporkan, polis telah memohon bantuan Polis Antarabangsa (Interpol) bagi berhubung dengan Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman dan penyanyi rap yang juga aktivis kemanusiaan, Caprice.

Difahamkan, ia bertujuan untuk mendapatkan tarikh dan masa yang sesuai untuk mengambil keterangan kedua-dua pihak. – K! ONLINE

Berita berkaitan: Kontroversi Ebit Lew, Caprice dan Nadir

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI