PETALING JAYA – Seorang lelaki warga asing dilaporkan berada dalam keadaan tidak sedarkan diri selepas dihempap tembok batu di tapak pembinaan berhampiran Flora Damansara, Jalan PJU 8, Damansara Perdana di sini hari ini.
Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Mahathir Sakdom berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 11.44 pagi dan tiba di lokasi kejadian 15 minit kemudian.
“Seramai lapan pegawai serta anggota bersama sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Damansara telah dikerah ke lokasi kejadian.
“Mangsa merupakan seorang lelaki warga Bangladesh berusia 32 tahun. Setakat ini, mangsa yang juga pemandu jentolak di tapak pembinaan tersebut berada dalam keadaan tidak sedarkan diri,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Mengulas lanjut, kerja-kerja mengeluarkan mangsa sedang giat dijalankan dengan bantuan kren. Punca kejadian masih dalam siasatan dan sebarang perkembangan akan dimaklumkan. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929