fbpx

Jari berinai merah, Ezza kongsi pemandangan Masjid Negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BAKAL isteri Remy Ishak Ezza Yusof.

PETALING JAYA – Bakal isteri kepada pelakon Remy Ishak, Ezza Yusof, 38, berkongsi dari kejauhan Masjid Negara yang akan menjadi saksi majlis ijabkabulnya nanti bersama pelakon itu selepas waktu Zuhur hari ini.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik dalam InstaStory miliknya pagi tadi, usahawan kasut itu berkongsi pemandangan berupa kubah Masjid Negara yang dipercayai dirakam dari tingkap kamar hotelnya.

“Pemandangan saya. Masjid Negara. Alhamdulillah,” ujarnya ringkas.

Dalam video itu juga, kelihatan jari-jemari Ezza atau nama lengkapnya, Roszaliza Yusof turut telah dihiasi dengan inai berona merah.

Terdahulu, Remy mendedahkan kepada Kosmo! Online, kalau bukan sebab penularan pandemik Covid-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berpanjangan, dia sudah bergelar suami kepada Ezza Mei lalu.

Kata Remy, dia sebenarnya telah membuat perancangan awal untuk menikahi bekas tunangnya, Ezza Yusof pada Mei lalu, iaitu selepas sambutan Aidifitri sempena menyambut bulan kemenangan bagi umat Islam.

“Sebenarnya saya patut berkahwin tahun ini tetapi pandemik kacau. Kemudian, tidak lama menjelang hari perkahwinan yang telah ditetapkan, PKP disambung kembali dan menyebabkan perancangan itu tertangguh sehingga sekarang.

“Saya pun nak kahwin masa bulan Syawal sempena orang cakap, meraikan hari kemenangan Islam. Saya rasa semua tahu, perhubungan saya dengan Azza ada pasang surutnya dan pernah putus tunang namun bercantum kembali.

Hujung Mac lalu, pelakon berkulit hitam manis itu meraikan hari jadi bekas tunangnya Ezza dengan menganjurkan majlis hari jadi di sebuah restoran sekali gus memberi bayangan bahawa hubungan cinta mereka kembali berputik. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI