PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan keadaan hujan akan berlaku melibatkan hampir kesemua kawasan di Semenanjung Malaysia termasuk Sabah dan juga Sarawak petang ini.
MetMalaysia dalam laporan kaji cuacanya berkata, dengan melihat kepada carta angin semasa dapat diperhatikan ketika ini angin masih lagi bertiup dari pelbagai hala dengan kelajuan yang agak sederhana sekitar 20 hingga 30 kilometer sejam.
Bagaimanapun, tiada amaran angin kencang dan laut bergelora dikeluarkan buat masa ini.
“Beberapa kawasan di Sabah dan Sarawak pula dapat diperhatikan ketika ini hujan lebat kini sedang berlaku di satu dua tempat lebih tertumpu di sekitar bahagian Kapit, Betung dan juga Kuching yang mana dijangkakan keadaan lembab ini akan beransur pulih menjelang lewat pagi nanti.
“Oleh yang demikian, dinasihatkan kepada semua agar berhati-hati dan mengambil langkah berjaga-jaga dalam menghadapi keadaan cuaca yang tidak diingin berlaku,” katanya. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929