fbpx

80 mesin oksigen dipulangkan semula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
80 mesin oksigen yang dipulangkan semula HTAR kepada PKRC MAEPS 2.0

KLANG – Hospital Tengku Ampuan Rahimah ( HTAR ) di sini memulangkan semula 80 unit mesin Oxygen Concentrator kepada Pusat Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) MAEPS 2.0.

HTAR berkata, tindakan itu susulan jumlah pesakit Covid-19 semakin berkurangan di hospital ini ketika ini.

Katanya, HTAR turut menzahirkan penghargaan kepada Pengarah PKRC, Dr. Shahabuddin Ibrahim yang meminjamkan mesin itu sepanjang menghadapi tempoh bencana sebelum ini.

“Pihak HTAR memutuskan untuk memulangkan semula peralatan tersebut memandangkan jumlah pesakit Covid-19 di hospital ini semakin menurun.

“Segala sumbangan dan sokongan daripada pihak luar ke HTAR amatlah dihargai dan diucapkan jutaan terima kasih,” katanya dalam hantaran di Facebook rasminya.

Mengulas lanjut, HTAR menjelaskan Bahagian Logistik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah menerima dan akan menyusun semula keperluan peralatan berkenaan untuk digunakan di negeri-negeri lain yang mengalami peningkatan kemasukan pesakit secara mendadak. – K!ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI