fbpx

Rugi RM2.5 juta sehari, Jonker Walk bakal ‘lenyap’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tinjauan Kosmo! di Jonker Walk mendapati kebanyakan premis tutup dengan notis untuk dijual atau disewakan.

MELAKA – Pusat pelancongan ikonik Melaka, Jonker Walk di Banda Hilir di sini kini semakin tenat dan menunggu masa untuk ‘padam’ sendiri selepas terus mengalami kerugian kira-kira RM2.5 juta sehari.

Kerugian itu didedahkan oleh kerajaan negeri dengan mengambil kira jumlah pengunjung di lokasi berkenaan merosot seramai 10,000 orang sehari selepas negara dilanda pandemik Covid-19.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan negeri, Datuk Muhammad Jailani Khamis berkata, berdasarkan data perbelanjaan pelancong, dianggarkan setiap individu yang datang akan memperuntukkan sekitar RM250 sehari untuk membeli-belah di situ.

“Melaka merupakan penyumbang terbesar sektor pelancongan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) iaitu sebanyak 48 peratus pada tahun 2019 dengan nilai output RM20.940 bilion.

“Namun, sejak dilanda pandemik Covid-19, banyak lokasi pelancongan di negeri ini terpaksa ditutup termasuklah Jonker Walk dan dianggarkan sehingga kini pusat tumpuan itu mengalami kerugian sekurang-kuranganya RM2.5 juta sehari,” katanya ketika dalam satu kenyataan media semalam.

Tambahnya, pekan tersebut kini menjadi seperti ‘pekan hantu’ disebabkan kira-kira 80 peratus peniaga di kawasan itu terpaksa menutup operasi kerana tidak mampu menampung kos gaji pekerja, bil utiliti dan logistik yang bergantung sepenuhnya daripada perbelanjaan pelancong.

Terdahulu, tinjauan Kosmo! di Jonker Walk pagi ini turut mendapati kebanyakan premis telah ditutup dan ditampal dengan notis iklan untuk menjual serta menyewakan kedai tersebut.-K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI