fbpx

Botakkan kepala selepas Ismail Sabri diumum PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Solahuddin membayar nazar dengan membotakkan kepalanya selepas Ismail Sabri diumum sebagai Perdana Menteri ke-9 di rumahnya di Kampung Kelubi, Pasir Puteh semalam. Foto TOREK SULONG

PASIR PUTEH – Seorang pesara tentera membayar nazar dengan cara tersendiri apabila dia membotakkan kepalanya selepas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob diumum sebagai Perdana Menteri semalam.

Tindakan itu dilakukan oleh Mohd. Solahuddin Ahmad, 48, sebagai tanda kesyukuran apabila melihat negara kembali diterajui pemimpin yang mendapat sokongan majoriti ahli parlimen selepas berlaku kemelut politik baru-baru ini.

Menurutnya, dia terus membotakkan kepalanya dengan menggunakan mesin memotong rambut selepas menonton berita di televisyen pada pukul 8.30 malam tadi yang melaporkan Ahli Parlimen Bera itu diumumkan sebagai Perdana Menteri ke-9 dengan majoriti 114 sokongan ahli parlimen.

“Ini merupakan cara saya membayar nazar selepas melihat kemelut politik yang berlarutan ketika pandemik Covid-19 di negara ini.

“Tiada sebarang kepentingan politik bagi saya untuk berbuat demikian. Cuma, saya juga bersyukur apabila kerajaan sebelum ini iaitu Pakatan Harapan tidak memperoleh majoriti yang cukup untuk membentuk kerajaan,” katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di Kampung Kelubi di sini semalam.-K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI