fbpx

Suasana di ibu kota lengang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suasana jalan raya di sekitar Dataran Merdeka yang kelihatan lengang selepas pihak berkuasa membuat kawalan keselamatan.

KUALA LUMPUR- Suasana di ibu kota yang sentiasa hiruk-pikuk dengan bunyi kenderaan dan orang ramai hari ini bertukar lengang selepas kehadiran pihak berkuasa membuat kawalan keselamatan susulan penganjuran yang dirancang diadakan di Dataran Merdeka di sini.

Tinjauan Kosmo! di sekitar kawasan tersebut mendapati, pihak berkuasa telah melencongkan laluan seawal pukul 9 pagi bagi memastikan tiada individu menyertai perhimpunan tersebut.

Difahamkan, kawalan keselamatan dilakukan pihak polis juga tidak terhad kepada penutupan jalan malah termasuk pemantauan melalui udara menggunakan helikopter.

Pihak berkuasa turut meningkatkan kawalan keselamatan dengan memasang pagar besi setinggi lebih satu meter di sepanjang laluan masuk Dataran Merdeka.

Sehingga kini, masih tidak kelihatan mana-mana individu yang berkumpul untuk menyertai perhimpunan berkenaan.

Kosmo! semalam melaporkan, sebanyak 88 lokasi di sekitar ibu negara akan dilencongkan susulan polis menerima maklumat terdapat perhimpunan dijangka akan berlaku.

Sementara Sekretariat Solidariti Rakyat(SSR) dalam satu kenyataan berkata, perhimpunan aman ‘Keluar dan #Lawan’ yang dirancang berlangsung hari ini di sekitar ibu negara telah dibatalkan.

“Pihak Sekretariat Solidariti Rakyat telah bermesyuarat bersama Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya bagi membincangkan mengenai himpunan aman ‘Keluar dan #Lawan’.

“Menerusi perbincangan tersebut, SSR telah menyerahkan notis pembatalan protes yang dirancang berlangsung pada hari ini kepada Ketua Polis Daerah Dang Wangi,” katanya di sini. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI