fbpx

Aksi pencuri premis barangan kesihatan dirakam CCTV

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar lelaki yang mencuri barangan di premis barangan kesihatan di Kuala Selangor, semalam.

KUALA SELANGOR – Seorang lelaki diburu selepas aksinya mencuri barangan di premis barangan kesihatan di sini berjaya dirakam televisyen litar tertutup ( CCTV ) sebelum tular di media sosial.

Kejadian dikatakan berlaku pukul 2.50 petang semalam dengan suspek berusia 40an.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, hasil rakaman CCTV itu didapati suspek telah mengambil barang-barang dan memasukkan ke dalam beg sandang dibawanya.

“Salah seorang pekerja cuba mengejar tetapi gagal untuk menangkap suspek tersebut.

“Nilai kerugian dianggarkan RM500,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau menjelaskan usaha mengesan suspek masih dijalankan dengan kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

Justeru, orang ramai yang mempunyai maklumat atau mengenali suspek boleh tampil memberi maklumat atau menghubungi Bilik Gerakan IPD Kuala Selangor di talian 03-32813853.

Terdahulu tular video berdurasi 2 minit 51 saat memaparkan aksi ‘tangan panjang’ lelaki itu mengambil hampir 10 jenis barangan yang dimasukkan di dalam beg sandang dan poket seluarnya. – K!ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI