fbpx

Senyum Malaysia inisiatif Vanke sebar kegembiraan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Sempena sambutan bulan kemerdekaan pada Ogos dan September, syarikat pemaju kediaman dan pengurusan hartanah, Vanke Malaysia menganjurkan kempen Senyum Malaysia bagi mempromosikan semangat kebersamaan serta menyebarkan kegembiraan dalam suasana mencabar akibat pandemik kini.

Kempen berkenaan yang bermula 16 Ogos hingga 8 September 2021 menyasarkan untuk mengumpul 1,000 foto rakyat Malaysia dengan simbol tangan Senyum Malaysia menerusi platform media sosial.

Bagi setiap foto yang dikumpul, Vanke Malaysia akan menderma sebanyak RM10 kepada organisasi sosial, Mercy Malaysia dan orang ramai juga boleh menyertai siri aktiviti dan memenangi hadiah tunai di Facebook Vanke MY.

Lang Cong dengan simbol tangan Senyum Malaysia.

Pengarah Urusan Vanke Malaysia, Lang Cong dalam satu kenyataan berkata, Vanke hadir di negara ini sejak empat tahun lalu dan menerusi kempen Hello Malaysia yang dianjurkan sebelum ini, pihaknya telah melihat keindahan penyatuan dalam kalangan anggota masyarakat Malaysia daripada pelbagai latar belakang.

“Bagaimanapun situasi semasa aklibat pandemik global telah mencipta suasana suram dan ramai antara kita berdepan waktu sukar sekarang, jadi kami menganjurkan kempen Senyum Malaysia bagi mencipta episod baharu yang diharapkan dapat menyatukan semangat komuniti dalam mengharungi cabaran ini,” katanya.

Orang ramai yang ingin turut serta hanya perlu membuat tiga langkah mudah, iaitu;

  1. Tekan ‘suka’ pada laman VankeMalaysia.
  2. Ambil gambar dengan simbol tangan Senyum Malaysia bersama topeng muka dan membuat hantaran di Facebook/Instagram peribadi masing-masing (pastikan profil dibuka kepada awam).
  3. Tag Facebook/Instagram Vanke MY dengan tanda pagar #SENYUMMALAYSIA #WECAREWESHARE2021 #SPREADSMILES.

Sebagai penghargaan buat peserta, satu kolaj gergasi Senyum Malaysia akan diletakkan pada laman media sosial Vanke. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI