fbpx

Penganggur beri rasuah didenda RM30,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penganggur dipenjara enam bulan dan denda RM30,000 atas tuduhan rasuah di Mahkamah Sesyen Alor Setar hari ini.

ALOR SETAR – Seorang penganggur dihukum penjara enam bulan dan denda RM30,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan memberi rasuah sebanyak RM500 kepada pegawai Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Kedah, dua tahun lalu.

Tertuduh, Fong Chin Lon, 46, mengaku bersalah sebaik pertuduhan terhadapnya itu dibacakan di hadapan Hakim Murtazadi Amran.

Murtazadi turut memerintahkan tertuduh menjalani 12 bulan penjara sekiranya gagal membayar denda yang dikenakan.

Tertuduh yang sedang menjalani hukuman penjara atas kesalahan dadah di bawah Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952 tidak membayar denda tersebut.

Mengikut kertas pertuduhan, bapa kepada tiga orang anak itu didakwa memberi suapan wang tunai RM500 kepada Timbalan Pengarah Kanan Penguatkuasaan dan Keselamatan AADK Kedah sebagai dorongan tidak mengambil tindakan ke atas tertuduh yang disyaki melakukan di bawah Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di dalam sebuah van Toyota Hiace di hadapan Masjid Zahir di sini kira-kira pukul 1.10 pagi, 10 Ogos 2018.

Pendakwaan terhadapnya dilakukan mengikut Seksyen 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 (Akta 694) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Tan Sew Ping manakala tertuduh tidak diwakili peguam.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI