fbpx

KL City calar ego Sri Pahang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kapten Sri Pahang, Muslim Ahmad cuba mengasak penyerang KL City, Romel Morales pada aksi Liga Super di Stadium Darul Makmur, Kuantan sebentar tadi.

KUANTAN – Pasukan Kuala Lumpur City (KL City) mencipta kejutan apabila berjaya menewaskan kelab Sri Pahang FC dengan keputusan 2-0 pada aksi Liga Super di Stadium Darul Makmur sebentar tadi.

Pada aksi tersebut, skuad KL City yang dibimbing oleh Bojan Hodak membariskan kesebelasan terbaik dalam usaha meneruskan momentum kemenangan kedua berturut-turut.

Sri Pahang kendalian Dollah Salleh selaku tuan rumah juga turut mempertaruhkan skuad terkuat untuk kembali berada di landasan tepat selepas dikalahkan Terengganu FC (TFC) pada aksi terakhir liga awal bulan ini.

Kedua-dua pasukan mempamerkan corak menyerang pada babak pertama tetapi gagal menembusi gawang masing-masing.

Bersambung pada babak kedua, tuah lebih memihak kepada skuad Warga Kota yang berjaya meledak gol pembukaan hasil ledakan cantik pemain import, Romel Morales pada minit ke-49.

KL City terus garang apabila meraih gol kedua menerusi rembatan Zhafri Yahya yang bijak menyudahkan hantaran J. Partiban pada minit ke-71.

Skuad Tok Gajah yang terdesak untuk mencari gol bagi merapatkan kedudukan tidak berjaya berbuat demikian apabila keputusan 2-0 kekal sehingga tamat perlawanan.

Kemenangan tersebut menyaksikan KL City berjaya meraih 27 mata selepas mengharungi 19 perlawanan manakala Sri Pahang kekal dengan 17 mata. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI