fbpx

Penduduk tiga kampung siap sedia hadapi banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Wahab mula memindahkan barang disebabkan air banjir yang naik di Kampung Beriah Alor Pongsu Bagan Serai hari ini.

BAGAN SERAI – Penduduk di Mukim Beriah Alor Pongsu dinasihati bersedia menghadapi banjir di kawasan ini susulan ban tali air di Sungai Beriah yang pecah pada pukul 8 pagi tadi.

Kejadian tersebut menyebabkan ban berkenan pecah sepanjang sembilan meter menyebabkan air melimpah deras.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alor Pongsu, Datuk Sham Mat Sahat berkata, ban yang pecah ini perlu dibaikpulih dengan segera kerana tidak mahu tragedi banjir besar pada tahun 2003 akan berulang kembali di kawasan ini.

“Sekiranya air terus melimpah ia boleh menyebabkan banjir di tiga perkampungan iaitu
Kampung Tebuk Jawa, Kampung Tersusun Batu 6 1/2 dan Kampung Matang Pasir Beriah.

“Saya telah meminta penduduk berjaga-jaga. Jika keadaan buruk kita akan buka pusat pemindahan sementara,” katanya kepada pemberita semasa meninjau keadaan di Sungai Beriah.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Perak, Ir Baharuddin Abdullah berkata, pihaknya akan meletakkan batu-batu besar bagi mengurangkan kelajuan air di kawasan ban yang pecah itu.

“Peringkat permulaan ini kita akan mengunakan kaedah meletakkan batu -batu besar bagi mengurangkan kelajuan air itu sebelum kerja -kerja seterusnya dapat dijalankan,” katanya

Seorang penduduk Kampung Beriah, Abdul Wahab Che Mai, 45, berkata, dia terkejut apabila paras air di kampung itu naik begitu cepat disebabkan ban pecah.

Katanya, kejadian itu pertama kali berlaku menyebabkan dia tidak sempat berbuat apa-apa.-K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI