fbpx

Guna traktor bersih lumpur paras lutut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ABDUL JALIL melihat keadaan rumahnya yang dibersihkan traktor disewanya di Kampung Seberang Pekan Yan semalam.

YAN – Penduduk mula membersihkan kawasan rumah ma­sing-masing termasuk ada yang terpaksa menyewa perkhidmatan traktor untuk mengalihkan lumpur tebal di kawasan rumah mereka akibat dilanda banjir kilat susulan kejadian kepala air dari Gunung Jerai pada Rabu lalu.

Tinjauan di beberapa buah kampung seperti Kampung Seberang Pekan Yan, Kampung Yan dan Kampung Yan Besar mendapati penduduk sibuk membersihkan kawasan rumah mereka.

Seorang penduduk Kampung Seberang Pekan Yan, Abdul Jalil Abu Bakar, 61, berkata, dia yang tinggal bersama isteri mula membersihkan kawasan rumah sejak kelmarin.

“Semalam baru selesai bersihkan di dalam rumah dan hari ini (semalam) kami cuci kawasan halaman pula yang dipenuhi lumpur setinggi 0.2 meter.

“Saya terpaksa sewa per­khidmatan traktor bagi mempercepatkan proses pembersihan lumpur yang dijangka mengambil masa dua minggu ini. Lumpur ini perlu dibersihkan segera kerana ia berbau busuk,” kata­nya ketika ditemui di rumahnya di sini semalam.

Sementara itu, penduduk Kampung Yan, Jamiah Hamid, 59, berkata, hampir keseluruhan rumahnya mengalami kerosakan.

“Banjir kali ini paling teruk pernah berlaku, kalau sebelum ini hanya banjir air dan senang juga untuk cuci tetapi kali ini lebih sukar kerana lumpur naik sehingga paras lutut,” ujarnya.

Penduduk Kampung Yan Besar, Senapi Abu, 66, berkata, dia terpaksa menghubungi anak-anaknya untuk bantu membersihkan rumah.

“Proses pembersihan ini di­jangka memakan masa yang lama kerana keadaan lumpur yang tebal,” katanya.

Dalam pada itu, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Team Skuad Kebajikan Hati Kental Brotherhood (Pemandu Grab) dan Kelab Pemilik Alza Semalaysia membantu membersihkan Sekolah Kebangsaan Haji Nyak Gam yang terjejas akibat banjir lumpur di Pekan Yan di sini semalam.

Wakil jurucakap NGO itu, Mohd. Rizal Ibrahim berkata, seramai 10 orang daripada ke­dua-dua NGO itu terlibat dalam program tersebut. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI