fbpx

Klaver kini trending di aplikasi TikTok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KLAVER mencipta fenomena tersendiri dalam aplikasi sosial TikTok. - LIEKE KLAVER

AMSTERDAM – Populariti atlet olahraga Belanda, Lieke Klaver melonjak tinggi sejak membuat kemunculan debut pada Sukan Olimpik 2020 di Tokyo, Jepun awal bulan ini sehingga mencetus fenomena sensasi di laman media sosial ketika ini.

Meskipun gagal menyumbangkan kilauan pingat buat negaranya pada temasya sukan terbesar dunia itu, namun Klaver yang beraksi dalam acara 4×400 meter (m) berganti-ganti wanita dan campuran tetap berupaya mencipta impak tersendiri.

Kejelitaan rupa paras Klaver terus menjadi bualan hangat pelayar Internet khususnya di platform media sosial TikTok walaupun atlet berusia 23 tahun itu tidak mempunyai akaun peribadi untuk aplikasi tersebut.

Lebih menarik, antara komen lucu dimuat naik kebanyakan peminatnya dalam laman TikTok adalah mereka sanggup untuk berhijrah ke Belanda selepas menyaksikan larian Klaver di temasya ber­kenaan.

KLAVER (barisan kedua, kanan) beraksi dalam acara 4x400m pada Sukan Olimpik 2020 baru-baru ini. – AFP

Ia terbukti apabila akaun media sosial rasmi Klaver iaitu Instagram telah menunjukkan peningkatan mendadak apabila meraih lebih 600,000 pengikut berbanding hanya 200,000 sebelum bersaing di Tokyo baru-baru ini.

Sebagai rekod, Klaver pernah mengakui, tidak berminat menjadi atlet olahraga tetapi terpaksa berbuat demikian selepas mendengar nasihat ibunya yang sentiasa turun ke trek balapan memberi sokongan sejak usianya remaja lagi.

“Sebelum ini saya lebih berminat untuk mengikuti kelas tarian. Namun, dorongan dan nasihat yang diberikan ibu membuatkan saya jatuh cinta terhadap sukan olahraga dengan tumpuan khusus diberikan untuk acara pecut seperti 100m, 200m dan 400m,” kata Klaver. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI