BARU-BARU ini kecoh satu Malaysia mengenai kemelut antara Rozita Che Wan atau Che Ta dengan Azwan Ali.
Kemelut antara mereka semakin meruncing apabila Azwan bertindak membuat laporan polis susulan komen balas daripada Che Ta.
Hadir memberi keterangan pada Selasa lalu, penampilan Che Ta berjaya mencuri perhatian ramai. Bukan kerana warna bajunya yang ‘meriah’ tetapi disebabkan kasut tumit tinggi berjenama mewah dipakainya.
Kebanyakan warga maya tertarik dan kagum bagaimana Che Ta tetap tampil anggun serta bergaya walaupun hadir ke balai polis.
“Oh kasut ini? Jenama Christian Louboutin,” jawab Che Ta ketika ditanya tentang jenama sepatunya.