fbpx

Liverpool kembali dapat ‘aura’ Anfield

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MANE (kanan) mengharapkan sokongan padu daripada para penyokong mereka di Anfield menjelang aksi EPL menentang Burnley malam ini. – AFP

LIVERPOOL – Kehadiran se­mula penonton ke stadium membuatkan semangat penyerang Liverpool, Sadio Mane semakin berkobar-kobar untuk aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Burnley di Stadium Anfield malam ini.

Buat kali pertama dalam tempoh 18 bulan, The Reds akan ditemani puluhan ribu penyokong setia mereka di laman keramat yang dilihat mampu menghadirkan gerun buat pasukan pelawat.

Liverpool pastinya mahu menjadikan The Clarets mangsa seterusnya selepas mempamerkan aksi yang cukup meyakinkan dengan membaham Norwich City 3-0 minggu lalu menerusi gol-gol daripada Diogo Jota, Mohamed Salah dan Roberto Firmino.

“Sudah tentu kami memerlukan kehadiran mereka (penyokong) kerana ia dapat membangkitkan semangat juang setiap pemain. Saya sebenar­nya tidak sabar untuk kembali ­beraksi di hadapan penyokong sendiri.

“Sukar untuk saya gambarkan perasaan apabila meraikan gol bersama mereka. Bagi saya, me­raikan gol bersama rakan sepasukan tidak memadai kerana bola sepak turut meliputi aspek penyokong,” katanya.

Pemain antarabangsa ­Senegal itu pastinya meletakkan sasaran untuk merobek pintu gol Burnley malam ini selepas gagal meledak sebarang jaringan dalam aksi minggu lalu walaupun telah menampilkan aksi cemerlang.

“Saya berada pada prestasi terbaik dan berharap dapat menyumbang sesuatu buat pasukan. Aksi di hadapan penyokong sendiri tentunya akan membangkitkan lagi bahang perlawanan,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI